Friday, September 23, 2005

Tuesday, September 06, 2005

alhamdulillah, rezeki ada lagi bulan ni. bulan ni income aku USD3225. duit USD dah dapt, cuma tunggu ditukarkan ke RM sahaja.

korang suka makan ulam-ulaman tak. aku memang suka makan ulam2 ni. biasa la, kalau dah duk kampung, ulam2 ni tak lari dari mulut orang2 kampung. aku salah seorang la. mmg aku orang kampung. lebih2 lagi, kalau duk kat kampung, semuanya tanam sendiri. ulam yang biasa aku makan, terung, jering, petai, pegaga, jantung pisang, pucuk daun ketereh(gajus) dan ape lagi ye.. ada sesetengah ulam aku pun tak kenal nama. hehe. tapi bukan rumput la. haha.

kalau kat kelantan, ulam2 ni seme memang kawannya adalah budu. aku rasa seme orng kenal budu. masa aku makan terung semalam, aku pun terpikir gak, apa khasiat terung (dan ulam2 yang aku duk makan) ni. ye la, tau makan je, khasiat tak tau tak best gak. so, aku cari la dlm internet (internet memang power). dan aku jumpa la:

terung ungu
khasiat: mencegah aterosklerosis dan mencegah meningkatnya kolesterol darah.

jantung pisang
khasiat: mencegah stroke dan pendarahan otak, baik untuk jantung dan pembuluh darah.

jering
khasiat: boleh menjadi penawar kepada penyakit kencing manis, kerana mempunyai sebatian alkaloid yang mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

petai:
khasiat: mencegah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kembung, membersihkan darah dan usus.

pucuk gajus:
khasiat: membersihkan darah.

WOW! aku pun takde la tau sangat khasiat ulam2 ni. sekarang baru aku tau. tu lah, kita di ajar kalau sakit, ambik ubat. ubat tu, sebenarnya ada kandungan dadah sikit sebanyak. so, sebelum kita sakit-sakit, apa kata kita mengamalkan makan ulam-ulaman. tak susah pun nak cari semua benda ni. kadang2, ia tumbuh merata2, cuma kita je yang tak nak guna. sekarang, baru aku sedar...

Saturday, September 03, 2005

hari ni pun mcm biasa gak. 3hb dah, kejap je rasa. hari ni kucing aku balik setelah 4 hari lari dari rumah. ntah lari ke Siam kawin lari kot. Kucing... aku ada 1 cite pasal kucing. just nak kongsi cerita.

masa aku kat kl, aku ada buat 1 bisnes(yang halal la). aku ni mmg suka kucing. ada sekor kucing selalu masuk umah sewa aku. menjadi tempat kucng beranak la pulak umah sewa aku. pastu satu hari, ibu kucing ni kena langgar kete. mati. aku la yang bela anak2 kucing tu. mata pun takleh nak bukak lagi. kesian gile. aku siap tangkap ibu kucing lain. kononnya nak suruh ibu kucing ni jadikan anak kucing tu sbgi anak angkat dia la. mana la dia nak. hehe.

so, aku la yang bela. siap gi beli susu untuk anak2 kucing tu. tapi ada jugak yang mati pasal susu tak sesuai. aku mana la reti. tapi kerana aku terlalu kesian, aku bela jugak. tapi ada benda ajaib berlaku, bisnes aku untung berlipat kali ganda masa tu. ni la rahmat. berkat tolong sesama hidupan lain. pastu anak kucing tu aku hantar ke klinik verterinar UPM. aku tinggalkan anak2 kucing ni kat situ, pasal orng2 kat situ lagi ariff pasal ni.

pastu cite lain pulak, ada plak anak kucing lain bertandang umah aku. kaki belakang dia cedera.. terbelah. bertengkar kot. aku amik minyak gamat, aku sapu kat situ. aku pun bela la. mmg keajaiban berlaku lg. bisnes aku jadi kencang. betullah, berbuat baik dibalas baik.alhamdulillah. lepas aku balik kampung, kawan umah aku buang kucing ni tanpa pengetahuan aku. marah betul aku.

dan ni cite terbaru. kucing ni, kucing terbiar sebnrnya. aku yang amik bela. kat umah ni, aku sorng je yang suka kucing. mak, ayah,adik2 aku kurang suka kucing. yelah, nnti hancing situ hancing sini. hehe. aku la yang bela. aku pi beli whiskas kasi dia makan. dari kurus, jadi tembam skit. dlm masa aku ada kucing ni, rezeki aku pun melimpah2. alhamdulillah. dan sekarang ni, seme famili aku suka kucing. masa kucing ni ilang 4 hari, seme risau. kucing aku ni tak bnyak karenah actually. kalau orng duk makan, dia tak kacau langsung. dia lepak baik punye. pasal tu la seme risau bila kucing ni hilang. sekarang ni dah balik la. duk atas riba aku sekarang ni. 4 kali dah aku alih letak tmpat tido dia, atas riba aku gak dia cari.

kalau ada sesiapa yang tak suka kucing tu, jangan la pulak korang terajang dia. dia pun makhluk allah gak. dan yang penting, dia pun ada 1 nyawa mcm kita gak.